OPAC (Online Public Access Catalogue)

21 December 2009

OPAC adalah kunci kepada maklumat bibliografi kepada koleksi perpustakaan yang terdapat di dalam pangkalan data. Koleksi perpustakaan bolah diakses dengan menggunakan OPAC dari mana – mana terminal komputer yang mempunyai rangkaian dengan pangkalan data perpustakaan.

OPAC ini selalunya digunakan di perpustakaan / pusat sumber di pusat-pusat pengajian tinggi. Pusat Sumber SMK Taman Panglima mengambil inisiatif untuk memperkenalkan penggunaan OPAC ini dikalangan warga sekolah. Warga pengguna akan diajar bagaimana menggunakan OPAC menerusi 'one-to-one' tutorial, carta aliran, 'fyler', dan taklimat dalam mesyuarat.

Penggunaan OPAC ini memudahkan pengguna mencari bahan media mengikut kata kunci (keyword). Pengguna boleh guna mana – mana kaedah carian seperti pengarang, judul, tajuk perkara, nombor panggilan dan kata kunci.

Anugerah NILAM 2009

12 November 2009

Hari ini 14 pelajar SMK Taman Panglima telah menghadiri Majlis Anugerah NILAM 2009 Peringkat Larut Matang & Selama. Pencapaian pelajar sekolah amat membanggakan kerana merupakan sekolah yang paling ramai (14 orang pelajar) mendapat anugerah ini di dalam Daerah Larut Matang & Selama. Majlis ini berlangsung pada 12 November 2009 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri, Changkat Jering. YAB Dato' Rosli, ADUN Changkat Jering sudi merasmikan majlis ini. VIP yang hadir termasukla Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang & Selama, Pengetua-pengetua dan Guru besar.

Makmal TeknoPen

03 October 2009

Hari ini 03hb. Oktober 2009, Pengawas-pengawas PSS telah bersama-sama bergotong royong menyiapkan Makmal TeknoPen yang akan diuruskan oleh Pn Sithira Devi. Makmal ini dilengkapi dengan peralatan teknologi pendidikan yang diperlukan dalam pembinaan sesebuah bahan bantu mengajar mengikut pelbagai teori instruksional (addie model, assure model, dll). Di makmal ini juga terdapat kemudahan akses internet bagi kegunaan guru-guru. Di samping itu, makmal ini mempunyai ruang kuliah yang mampu memuatkan hampir 90 orang pelajar dalam satu-satu masa.

Dalam masa itu, Pusat Sumber sedang dalam usaha melengkapkan kemudahan seperti koleksi perisian interaktif, e-book, kompilasi powerpoint, rakam cetak, dll. Adalah diharapkan Januari 2010 makmal ini dapat digunakan sepenuhnya oleh guru-guru dalam p&p mereka.

Penggunaan Makmal untuk p&p ini adalah berkonsepkan tempahan. Guru-guru yang berminat untuk menggunakan makmal ini bagi tujuan p&p bolehlah menempah makmal ini di Pusat Sumber terlebih dahulu. Guru-guru dibenarkan menempah tarikh/waktu p&p sepanjang minggu.

Bagi Makmal Teknopen pula, guru-guru boleh mendapat perkhidmatan akses internet, rakam salin cd / dvd, kaset, mengimbas imej (scan), mencetak, dan lain-lain perkhidmatan seperti bantuan dalam membina bahan p&p dan penggunaan bahan teknopen.

Koleksi terkini makmal ini terdiri dari koleksi cd interaktif dari pelbagia subjek, handy cam, digital camera, slr camera, overhead projector, lcd projector, slaid projector, thermal transparency maker, cd copier, dan lain-lain.

Maklumat lanjut sila hubungi Pn sithira Devi atau En Ahmad Kamal.










Program NILAM

15 September 2009

Semua pelajar tingkatan 1, 2, dan 4 diminta mengambil kembali buku catatan Program NILAM anda di Pusat Sumber. Buku catatan ini akan dikutip semula pada 30hb September 2009 bagi pengiraan data berakhir bulan September. Semua pelajar diminta membuat catatan sebanyak mungkin. Bagi pelajar tingkatan 3, anda semua akan mula membuat catatan semula selepas berakhirnya peperiksaan PMR kelak. Harap Maklum.

Kesilapan Muslim Di Bulan Ramadhan

22 August 2009

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur.

11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Sumber : omaq.org

Cuti Sekolah

21 August 2009

Warga sekolah akan mula bercuti pada 22.08.09 hingga 23.08.09. Oleh yang demikian, Pusat Sumber mengucapkan selamat bercuti dan menyambut kemunculan bulan ramadhan.


Sumber: Utusan Malaysia

Diharap para pelajar mengambil kesempatan cuti ini untuk mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan awam (PMR & SPM) yang bakal menjelang.



Sumber : Utusan Malaysia

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Sumber : Utusan Malaysia

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.


Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."
Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
• Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
• Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
• Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
• Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
• Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
• Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Sumber : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatpuasawajibdansunnat.htm

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan

19 August 2009

rujukan : Utusan Malaysia


Warga Pusat Sumber Sekolah mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan kemerdekaan kepada semua guru, pelajar dan pekerja sokongan. Adalah diharapkan kepada pelajar-pelajar agar menjadikan minda mereka 'bebas dari penjajahan' abad ke-21 ini. Penjajahan abad sekarang adalah berbeza dengan penjajahan abad semasa dan sebelum penjajahan negara. Yang dimakdsudkan bentuk penjajahan sekarang adalah anasir-anasir yang negatif yang boleh merosakkan diri, keluarga, bangsa, negara dan agama. Budaya-budaya barat yang bertentangan dengan tingkahlaku, agama, sosial, dan lain-lain perlula dielakkan oleh pelajar. "Be your self" . Sekian.

sumber: Utusan Malaysia

Tahniah...! Permata Pintar

17 August 2009

Tahniah diucapkan kepada Sdri. Nur Ain bt Hashim pelajar SMK Taman Panglima yang berjaya melayakkan diri ke peringkat ke dua ujian saringan UKM Ke-2 bagi Program Permata Pintar. Beliau adalah wakil tunggal sekolah yang layak meneruskan penyertaan dalam Program Peringkat Kebangsaan ini yang telah diasaskan oleh isteri Perdana Menteri, YAB. Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau akan menduduki ujian saringan ini secara atas talian (on-line) sebelum 28 Ogos 2009.
Beliau juga adalah antara 430 orang pelajar yang terpilih daripada 42,000 penyertaan pelajar pada ujian saringan pertama. Bersama-samalah kita doakan akan kejayaan beliau seterusnya.

Kelab Rakan Pembaca PSS

05 August 2009

Kelab Rakan Pembaca PSS akan ditubuhkan dengan objektif memberi pendedahan dan panduan kepada pelajar yang menyertai Program NILAM. Keahlian terbuka kepada semua pelajar yang telah membaca sekurang-kurangnya 100 buah buku. Kelab ini akan dibantu oleh Pn Hasanah bt Shahidan. Kelab ini akan menganjurkan aktiviti galakan membaca dan aktiviti pengayaan ilmu menerusi pelbagai aktiviti yang akan diumumkan. Keistimewaannya Kelab ini adalah ahli-ahlinya akan berkumpul dan mengadakan aktiviti yang menarik, meminjam buku-buku rujukan PMR/SPM, menggunakan komputer bagi tujuan akademik di PSS, dan lain-lain. Kepada pelajar yang berminat bolehla berjumpa dengan Guru Perpustakaan & Media, En Ahmad Kamal b Hj Sabaruddin, Pn Hasanah bt Shahida, Saudari Fatin (4S1), Saudara Ilman (3PB), dan Saudara Shahrul Nazrin (3PC).

Reunion PSS

02 August 2009

Pusat Sumber SMKTP dalam perancangan untuk mengadakan reunion pengawas pss dari tahun 2004-2009. Oleh yang demikian, adalah diharapkan bekas-bekas pengawas pss boleh memberi contact no @ email dan hantar kepada panglima.perkasa@yahoo.com bagi pengumpulan data. Objektif reunion ini adalah untuk mengumpulkan semua bekas-bekas pss dan mengetahui perkembangan semasa mereka.

Kursus Pembinaan Blog Tamat

30 July 2009

Akhirnya Kursus Pembinaan & Pengurusan Blog Zon Taiping tamat. Semua GPM yang hadir mengucapkan ribuan terima kasih kepad En Adnan, En Manaf, En Sofian, Pn Sofiah & kakitangan PKG Taiping. Untuk makluman semua diakhir kursus, pemilihan blog-blog terbaik dijalankan. Syukur alhamdulillah, blog dari SMK Taman Panglima mendapat tempat kedua bagi Zon Taiping.

Pemilihan Tokoh NILAM Zon Taiping

Pemilihan TOkoh Nilam bagi Zon Taiping akan diadakan pada 5/8/09 di PKG Taiping. SMKTP telah mencalonkan 2 oarang pelajar untuk mewakili sekolah berdasarkan jumlah buku yang telah dibaca kan prestasi mereka. Pelajar ini akan diberi tunjuk ajar dan bimbingan oleh En Ahmad Kamal B Hj Sabaruddin (GPM) dan Pn Hasanah bt Shahidan mengenai kemahiran perpustakaan, penyampaian, teknik membaca, dll. Pn Hasanah bt Shahidan juga telah dilantik menjadi salahs eorang hakim di pemilihan Tokoh NILAM ni berdasarkan kepada kepakaran beliau.

Kursus Pengurusan Blog Untuk GPM

Kursus Pembinaan dan Pengurusan Blog bagi kelompok Zon Taiping telah dihadiri oleh GPM sekolah masing-masing. Peserta didedahkan asas pembinaan dan pengurusan blog oleh En Mohd Adnan b Hj Baharuddin dari PKG Kota Lama Kanan. Kursus ini bermula dari 28/07/09 hingga 30/07/09 di Pusat Kegiatan Guru Taiping. Diakhir kursus, GPM perlu mempersembahkan blog masing-masing bagi sesi penilaian.

Pameran Buku

Hari ini tanggal 30 Julai 2009 berlangsung Pameran Buku sempena menyambut Bulan Membaca 2009 anjuran Pusat Sumber Sekolah. Objektif pameran ini adalah memberi peluang kepada pelajar membeli buku-buku dan majalah-majalah ilmiah bagi kegunaan akademik dan juga peningkatan pengetahuan. Pameran ini berlangsung di Dewan Terbuka dan disertai oleh beberapa kedai buku sekitar bandar Taiping. Pameran buku ini dibantu oleh Guru Perpustakaan SMKTP iaitu Pn. Norhaniza bt. Abu Bakar. Pelajar-pelajar diberikan diskaun yang lebih rendah bagi setiap pembelian buku dan majalah pada pameran ini berbanding pada harga pasaran. Ini adalah satu galakan kepada pelajar dalam membentuk mereka menjadi pelajar yang "knowledgeable"

Sambutan Bulan Membaca Julai 2009

Sempena Bulan Membaca yang jatuh pada bulan Julai, Pusat Sumber SMKTP telah menganjurkan pelbagai aktiviti kepada pelajar. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan bagi menyemarakkan lagi tabiat membaca di kalangan pelajar. Antara aktiviti tersebut adalah :
1) Peraduan teka silang kata
2) "Story Telling"
3) Deklamasi Sajak
4) Pertandingan Menulis Karangan (BM)
5) Pertandignan Menulis Karangan (BI)
6) Pameran Buku
7) Melukis Poster
8) "Book Review"
9) Bacaan Senyap

Semua aktiviti ini adalah telah diatur bagi Takwin Bulan Julai dan akan dibantu oleh guru-guru dan panita matapelajaran.

Program NILAM

29 July 2009

Perlaksanaan Program NILAM di SMKTP merupakan sebahagian dari aktiviti Pusat Sumber Sekolah. Program ini melibatkan penyertaan pelajar tingkatan 1 hingga 5. Kerjasama semua guru matapelajaran adalah sangat dihargai. Sempena pencalonan tokoh NILAM diperingkat Daerah Larut Matang & Selama, SMKTP telah mencalonkan dua orang pelajar ke Sesi Pemilihan Tokoh NILAM diperingkat Daerah pada 5 Ogos 2009 di Pusat Kegiatan Guru Taiping.

Makmal Teknologi Pendidikan

Makmal Teknologi Pendidikan akan dibuka pada pertengahan bulan Ogos 2009. Makmal ini adalah hasil usaha Pusat Sumber Sekolah dalam memertabatkan penggunakaan media bukan cetak dalam proses p&p. Rational pembukaan makmal ini adalah bagi menampung keperluan guru-guru yang menggunakan media teknologi pendidikan dalam proses p&p. Makmal ini juga akan digunakan bagi menjalankan kursus-kursus berasaskan Teknologi Pendidikan. Makmal ini dilengkapi dengan ruang kuliah atau ruang tayangan yang menggunakan LCD Projektor yang mampu menampung kapasiti sebanyak 90 orang pelajar dalam satu-satu masa. Selain dari itu makmal ini juga akan dilengkapi dengan media-media teknologi pendidikan seperti kamera video, kamera single lens reflection (slr), slaid projektor, overhead projektor (ohp), komputer multimedia, gajet penyalin cakera padat, radio, dan lain-lain.

Makmal ini dibawah pentadbiran dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah dan ianya akan diuruskan oleh Pn. Sithira Devi a/p Govindan. Beliau mempunyai kelulusan di peringkat Sarjana Teknologi Pendidikan (USM).

Salam Sejahtera

28 July 2009

Selamat datang ke blog Pusat Sumber SMK Taman Panglima. Adalah diharapkan blog ini menjadi medium pengkongsian maklumat antara guru-guru perpustakaan & media (GPM) di Daerah Larut Matang & Selama.