Kursus Pembinaan Blog Tamat

30 July 2009

Akhirnya Kursus Pembinaan & Pengurusan Blog Zon Taiping tamat. Semua GPM yang hadir mengucapkan ribuan terima kasih kepad En Adnan, En Manaf, En Sofian, Pn Sofiah & kakitangan PKG Taiping. Untuk makluman semua diakhir kursus, pemilihan blog-blog terbaik dijalankan. Syukur alhamdulillah, blog dari SMK Taman Panglima mendapat tempat kedua bagi Zon Taiping.

Pemilihan Tokoh NILAM Zon Taiping

Pemilihan TOkoh Nilam bagi Zon Taiping akan diadakan pada 5/8/09 di PKG Taiping. SMKTP telah mencalonkan 2 oarang pelajar untuk mewakili sekolah berdasarkan jumlah buku yang telah dibaca kan prestasi mereka. Pelajar ini akan diberi tunjuk ajar dan bimbingan oleh En Ahmad Kamal B Hj Sabaruddin (GPM) dan Pn Hasanah bt Shahidan mengenai kemahiran perpustakaan, penyampaian, teknik membaca, dll. Pn Hasanah bt Shahidan juga telah dilantik menjadi salahs eorang hakim di pemilihan Tokoh NILAM ni berdasarkan kepada kepakaran beliau.

Kursus Pengurusan Blog Untuk GPM

Kursus Pembinaan dan Pengurusan Blog bagi kelompok Zon Taiping telah dihadiri oleh GPM sekolah masing-masing. Peserta didedahkan asas pembinaan dan pengurusan blog oleh En Mohd Adnan b Hj Baharuddin dari PKG Kota Lama Kanan. Kursus ini bermula dari 28/07/09 hingga 30/07/09 di Pusat Kegiatan Guru Taiping. Diakhir kursus, GPM perlu mempersembahkan blog masing-masing bagi sesi penilaian.

Pameran Buku

Hari ini tanggal 30 Julai 2009 berlangsung Pameran Buku sempena menyambut Bulan Membaca 2009 anjuran Pusat Sumber Sekolah. Objektif pameran ini adalah memberi peluang kepada pelajar membeli buku-buku dan majalah-majalah ilmiah bagi kegunaan akademik dan juga peningkatan pengetahuan. Pameran ini berlangsung di Dewan Terbuka dan disertai oleh beberapa kedai buku sekitar bandar Taiping. Pameran buku ini dibantu oleh Guru Perpustakaan SMKTP iaitu Pn. Norhaniza bt. Abu Bakar. Pelajar-pelajar diberikan diskaun yang lebih rendah bagi setiap pembelian buku dan majalah pada pameran ini berbanding pada harga pasaran. Ini adalah satu galakan kepada pelajar dalam membentuk mereka menjadi pelajar yang "knowledgeable"

Sambutan Bulan Membaca Julai 2009

Sempena Bulan Membaca yang jatuh pada bulan Julai, Pusat Sumber SMKTP telah menganjurkan pelbagai aktiviti kepada pelajar. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan bagi menyemarakkan lagi tabiat membaca di kalangan pelajar. Antara aktiviti tersebut adalah :
1) Peraduan teka silang kata
2) "Story Telling"
3) Deklamasi Sajak
4) Pertandingan Menulis Karangan (BM)
5) Pertandignan Menulis Karangan (BI)
6) Pameran Buku
7) Melukis Poster
8) "Book Review"
9) Bacaan Senyap

Semua aktiviti ini adalah telah diatur bagi Takwin Bulan Julai dan akan dibantu oleh guru-guru dan panita matapelajaran.

Program NILAM

29 July 2009

Perlaksanaan Program NILAM di SMKTP merupakan sebahagian dari aktiviti Pusat Sumber Sekolah. Program ini melibatkan penyertaan pelajar tingkatan 1 hingga 5. Kerjasama semua guru matapelajaran adalah sangat dihargai. Sempena pencalonan tokoh NILAM diperingkat Daerah Larut Matang & Selama, SMKTP telah mencalonkan dua orang pelajar ke Sesi Pemilihan Tokoh NILAM diperingkat Daerah pada 5 Ogos 2009 di Pusat Kegiatan Guru Taiping.

Makmal Teknologi Pendidikan

Makmal Teknologi Pendidikan akan dibuka pada pertengahan bulan Ogos 2009. Makmal ini adalah hasil usaha Pusat Sumber Sekolah dalam memertabatkan penggunakaan media bukan cetak dalam proses p&p. Rational pembukaan makmal ini adalah bagi menampung keperluan guru-guru yang menggunakan media teknologi pendidikan dalam proses p&p. Makmal ini juga akan digunakan bagi menjalankan kursus-kursus berasaskan Teknologi Pendidikan. Makmal ini dilengkapi dengan ruang kuliah atau ruang tayangan yang menggunakan LCD Projektor yang mampu menampung kapasiti sebanyak 90 orang pelajar dalam satu-satu masa. Selain dari itu makmal ini juga akan dilengkapi dengan media-media teknologi pendidikan seperti kamera video, kamera single lens reflection (slr), slaid projektor, overhead projektor (ohp), komputer multimedia, gajet penyalin cakera padat, radio, dan lain-lain.

Makmal ini dibawah pentadbiran dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah dan ianya akan diuruskan oleh Pn. Sithira Devi a/p Govindan. Beliau mempunyai kelulusan di peringkat Sarjana Teknologi Pendidikan (USM).

Salam Sejahtera

28 July 2009

Selamat datang ke blog Pusat Sumber SMK Taman Panglima. Adalah diharapkan blog ini menjadi medium pengkongsian maklumat antara guru-guru perpustakaan & media (GPM) di Daerah Larut Matang & Selama.