Kesilapan Muslim Di Bulan Ramadhan

22 August 2009

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur.

11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Sumber : omaq.org

Cuti Sekolah

21 August 2009

Warga sekolah akan mula bercuti pada 22.08.09 hingga 23.08.09. Oleh yang demikian, Pusat Sumber mengucapkan selamat bercuti dan menyambut kemunculan bulan ramadhan.


Sumber: Utusan Malaysia

Diharap para pelajar mengambil kesempatan cuti ini untuk mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan awam (PMR & SPM) yang bakal menjelang.



Sumber : Utusan Malaysia

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Sumber : Utusan Malaysia

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.


Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."
Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
• Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
• Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
• Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
• Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
• Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
• Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Sumber : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatpuasawajibdansunnat.htm

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan

19 August 2009

rujukan : Utusan Malaysia


Warga Pusat Sumber Sekolah mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan kemerdekaan kepada semua guru, pelajar dan pekerja sokongan. Adalah diharapkan kepada pelajar-pelajar agar menjadikan minda mereka 'bebas dari penjajahan' abad ke-21 ini. Penjajahan abad sekarang adalah berbeza dengan penjajahan abad semasa dan sebelum penjajahan negara. Yang dimakdsudkan bentuk penjajahan sekarang adalah anasir-anasir yang negatif yang boleh merosakkan diri, keluarga, bangsa, negara dan agama. Budaya-budaya barat yang bertentangan dengan tingkahlaku, agama, sosial, dan lain-lain perlula dielakkan oleh pelajar. "Be your self" . Sekian.

sumber: Utusan Malaysia

Tahniah...! Permata Pintar

17 August 2009

Tahniah diucapkan kepada Sdri. Nur Ain bt Hashim pelajar SMK Taman Panglima yang berjaya melayakkan diri ke peringkat ke dua ujian saringan UKM Ke-2 bagi Program Permata Pintar. Beliau adalah wakil tunggal sekolah yang layak meneruskan penyertaan dalam Program Peringkat Kebangsaan ini yang telah diasaskan oleh isteri Perdana Menteri, YAB. Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau akan menduduki ujian saringan ini secara atas talian (on-line) sebelum 28 Ogos 2009.
Beliau juga adalah antara 430 orang pelajar yang terpilih daripada 42,000 penyertaan pelajar pada ujian saringan pertama. Bersama-samalah kita doakan akan kejayaan beliau seterusnya.

Kelab Rakan Pembaca PSS

05 August 2009

Kelab Rakan Pembaca PSS akan ditubuhkan dengan objektif memberi pendedahan dan panduan kepada pelajar yang menyertai Program NILAM. Keahlian terbuka kepada semua pelajar yang telah membaca sekurang-kurangnya 100 buah buku. Kelab ini akan dibantu oleh Pn Hasanah bt Shahidan. Kelab ini akan menganjurkan aktiviti galakan membaca dan aktiviti pengayaan ilmu menerusi pelbagai aktiviti yang akan diumumkan. Keistimewaannya Kelab ini adalah ahli-ahlinya akan berkumpul dan mengadakan aktiviti yang menarik, meminjam buku-buku rujukan PMR/SPM, menggunakan komputer bagi tujuan akademik di PSS, dan lain-lain. Kepada pelajar yang berminat bolehla berjumpa dengan Guru Perpustakaan & Media, En Ahmad Kamal b Hj Sabaruddin, Pn Hasanah bt Shahida, Saudari Fatin (4S1), Saudara Ilman (3PB), dan Saudara Shahrul Nazrin (3PC).

Reunion PSS

02 August 2009

Pusat Sumber SMKTP dalam perancangan untuk mengadakan reunion pengawas pss dari tahun 2004-2009. Oleh yang demikian, adalah diharapkan bekas-bekas pengawas pss boleh memberi contact no @ email dan hantar kepada panglima.perkasa@yahoo.com bagi pengumpulan data. Objektif reunion ini adalah untuk mengumpulkan semua bekas-bekas pss dan mengetahui perkembangan semasa mereka.