03 October 2009
Hari ini 03hb. Oktober 2009, Pengawas-pengawas PSS telah bersama-sama bergotong royong menyiapkan Makmal TeknoPen yang akan diuruskan oleh Pn Sithira Devi. Makmal ini dilengkapi dengan peralatan teknologi pendidikan yang diperlukan dalam pembinaan sesebuah bahan bantu mengajar mengikut pelbagai teori instruksional (addie model, assure model, dll). Di makmal ini juga terdapat kemudahan akses internet bagi kegunaan guru-guru. Di samping itu, makmal ini mempunyai ruang kuliah yang mampu memuatkan hampir 90 orang pelajar dalam satu-satu masa.
Dalam masa itu, Pusat Sumber sedang dalam usaha melengkapkan kemudahan seperti koleksi perisian interaktif, e-book, kompilasi powerpoint, rakam cetak, dll. Adalah diharapkan Januari 2010 makmal ini dapat digunakan sepenuhnya oleh guru-guru dalam p&p mereka.
Penggunaan Makmal untuk p&p ini adalah berkonsepkan tempahan. Guru-guru yang berminat untuk menggunakan makmal ini bagi tujuan p&p bolehlah menempah makmal ini di Pusat Sumber terlebih dahulu. Guru-guru dibenarkan menempah tarikh/waktu p&p sepanjang minggu.
Bagi Makmal Teknopen pula, guru-guru boleh mendapat perkhidmatan akses internet, rakam salin cd / dvd, kaset, mengimbas imej (scan), mencetak, dan lain-lain perkhidmatan seperti bantuan dalam membina bahan p&p dan penggunaan bahan teknopen.
Koleksi terkini makmal ini terdiri dari koleksi cd interaktif dari pelbagia subjek, handy cam, digital camera, slr camera, overhead projector, lcd projector, slaid projector, thermal transparency maker, cd copier, dan lain-lain.
Maklumat lanjut sila hubungi Pn sithira Devi atau En Ahmad Kamal.