Hari Ibu : Apakah Kesedaran Kita Tentang Kehadirannya?

02 May 2010

Tanpa kita sedari, kita telah melupai mereka yang telah banyak berkorban untuk kita. Perit lelah mereka mengandungkan kita 9 bulan tidak langsung mereka ungkit, sekalipun kita banyak merungut bila mana mereka meminta bantuan daripada kita. Mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk melahirkan kita ke dunia ini, tapi pernahkan kita ucapkan terima kasih? Inilah golongan insan yang bergelar ibu yang kadang-kadang kita ketepikan, kita lupa jasa dan pengorbanan mereka.


Kadang-kadang kita memandang golongan ini sebelah mata sahaja. Kita lupa pengorbanan besar mereka. Kenapa saya mengatakan sedemikian? Cuba lihat, berapa ramai warga emas yang sekarang ini tinggal di rumah kebajikan untuk menghabiskan dan menamatkan sisa baki kehidupan mereka? Walhal, mereka punyai anak, tapi anak-anak mereka enggan menjaga mereka. Faktor kerjaya, sibuk dan sebagainya dijadikan alasan. Adakah ini cara pembalasan anak-anak terhadap ibu yang telah berkorban kepada mereka selama ini?

Video pendek ini yang bertajuk “Surat Seorang Ibu“. Video ini telah dirakamkan dan dihasilkan oleh SaifulNang bersama CandidSyndrome dengan kerjasama CST Production dan ID Motion Pictures. Anda syorkan anda tonton sehingga habis video ini supaya anda dapat menghayati mesej yang ingin disampaikan.

Bagaimana? Adakah anda dapat mesej yang ingin disampaikan? Adalah harap video ini sedikit sebanyak membawa kita kesedaran dan peringatan supaya kita tidak melupai mereka. Selagi mereka masih disisi, masih boleh bergurau senda dengan anda, hargailah mereka. Jangan diketepikan dan dilupai mereka ini. Inilah realiti kehidupan masa kini. Janganlah tika mereka sudah tiada barulah kita hendak menghargai mereka, maka tiada guna lagi. Berbaktilah selagi mereka masih ada.

Kampus Astro

15 April 2010



Kementerian Pelajaran melalui perkongsian kerjasama dengan Astro bermatlamat membawa pendidikan dan pembelajaran bermutu bertaraf dunia ke semua sekolah di Malaysia melalui kempen yang dikenali sebagai Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah.

Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah merupakan inisiatif tanggungjawab korporat Astro di mana pengendali TV satelit berbilang saluran Terus Ke Rumah yang terkemuka di negara ini menyediakan alat Perakam Video Peribadi, set televisyen, akses kepada saluran-saluran kandungan pembelajaran dan maklumat Astro serta penyelenggaraan peralatan secara percuma sepanjang tempoh kempen kepada 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia termasuk Pusat Aktiviti Guru.

Saluran- saluran pendidikan dan maklumat terdiri daripada Astro Awani, Astro Ceria, Discovery Channel, National Geographic Channel, Discovery Science Channel, Animal Planet Channel, The History Channel, Disney, TVIQ, TV1, TV2 dan Bernama.

Selamat Tahun Baru Cina

06 February 2010

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Badan Penguatkuasa SMKTP 2010

01 February 2010



Satu majlis penyerahan watikah perlantikan Badan Penguatkuasa SMKTP 2010 yang terdiri dari Lembaga Pengawas Sekolah, Lembaga Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi, Pemimpin Rakan Sebaya(PRS), dan Ketua-Ketua Kelas telah diadakan hari ini jam 7.40 pagi hingga 9.30 pagi bertempat di Dataran Panglima. Majlis ini telah dirasmikan oleh Chif Inspektor Daeah Larut Matang & Selama.

Portal e-learning SMK Taman Panglima

31 January 2010


Pusat Sumber Sekolah sedang membangunkan portal e-learning bagi warga sekolah. Pada permulaan ini mungkin kandungan subjek masih tidak lengkap lagi. Ini adalah kerana ianya mengambil masa bagi memilih bahan rujukan yang terbaik kepada pelajar. Pusat Sumber berpendapat pelajar harus diberi alternatif dalam proses pembelajaran. Pembelajaran menerusi e-learnign adalah bersesuaian dengan jiwa dan minat pelajar sekarang kerana ianya sangat friendly, interaktif dan tidak membosankan. Pelajar tidak perlu lagi membaca buku yang tebal, grafik hitam putih yang biasa dilihat setiap hari. Pelajar juga boleh menggunakannya mengikut kesesuaian masa, kemahiran dan minat. Oleh kerana faktor-faktor tersebut, maka portal e-learning ini dibangunkan. Adalah diharapkan guru-guru mengambil kesempatan ini bagi membangunkan e-learning bagi subjek masing-masing. Guru yang berminat bolehlah mendapatkan username dan password dari Guru Perpustakaan & Media. Bagi pelajar-pelajar yang berminat bolehla hubungi Pusat Sumber bagi mendapatkan username & password. Sila lawati laman sesawang http://www.panglimaperkasa.edu.my/moodle

www.panglimaperkasa.edu.my/moodle

** Setakat ini hanya subjek geografi tingkatan 2 & 3 sedang dibangunkan. Harap Maklum.

Kursus Penguatkuasa Pengawas SMKTP 2010

16 January 2010



Kursus Penguatkuasa Pengawas SMKTP 2010 disertai oleh Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Koperasi, dan Majlis Ketua Tingkatan. Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang tangungjawab mereka sebagai penguatkuasa sekolah dalam memastikan semua pelajar mematuhi peraturan sekolah.

Kursus "Book Review"

14 January 2010



Pada 9hb Januari 2010 (Sabtu) satu Kursus "Book Review" bagi pengawas pusat sumber telah diadakan. Matlamat utama kursus ini adalah bagi menyediakan pengawas pusat sumber yang bertanggung jawab melaksanakan penyampaian ulasan buku pada English Day iaitu hari selasa dan bahasa melayu pada hari Khamis.



Dalam kursus ini, pengawas pusat sumber diberi pendedahan bagaimana menulis ulasan buku dan penyampaian secara praktikal. Ini adalah usaha untuk memastikan pengawas pusat sumber bersedia dengan ulasan buku yang telah dibuat dan berkeyakinan untuk menyampaikan ulasan dengan berkesan. Dalam kursus ini, peserta kursus dibimbing oleh Guru Perpustakaan & Media dan Guru Penyelaras Makmal TeknoPen (Pn Sithira Devi).

Jemputan Universiti Teknologi Petronas


Pusat Sumber Sekolah hari ini telah menerima jemputan daripada Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar ke Information Resource Centre (IRC) Carnival 2010. Karnival ini akan berlangsung pada 24 Februari 2010 bertempat di Auditorium, Information Resource Centre, UTP. Seramai 3 orang guru perpustakaan dan 15 orang pustakawan dijemput ke karnival ini. SMK Taman Panglima adalah antara 4 buah sekolah yang dijemput khas untuk ke karnival tersebut. Sekolah lain yang terlibat adalah SMK King Edwarv VII, SMK Bukit Jana, SMK Taman Panglima, dan SMK Teknik Kamunting. Pihak sekolah amat berbesar hati untuk menghadiri karnival ini selepas mendapat persetujuan puan pengetua, Pn Rahimah bt Jamaluddin.

Terdapat pelbagai program dalam karnival ini termasuklah pembentang kertas kerja bertajuk "Talk Managing Your Digital Library". Peserta juga akan diberi sijil dan melawat kehebatan pusat sumber universiti ini.