Portal e-learning SMK Taman Panglima

31 January 2010


Pusat Sumber Sekolah sedang membangunkan portal e-learning bagi warga sekolah. Pada permulaan ini mungkin kandungan subjek masih tidak lengkap lagi. Ini adalah kerana ianya mengambil masa bagi memilih bahan rujukan yang terbaik kepada pelajar. Pusat Sumber berpendapat pelajar harus diberi alternatif dalam proses pembelajaran. Pembelajaran menerusi e-learnign adalah bersesuaian dengan jiwa dan minat pelajar sekarang kerana ianya sangat friendly, interaktif dan tidak membosankan. Pelajar tidak perlu lagi membaca buku yang tebal, grafik hitam putih yang biasa dilihat setiap hari. Pelajar juga boleh menggunakannya mengikut kesesuaian masa, kemahiran dan minat. Oleh kerana faktor-faktor tersebut, maka portal e-learning ini dibangunkan. Adalah diharapkan guru-guru mengambil kesempatan ini bagi membangunkan e-learning bagi subjek masing-masing. Guru yang berminat bolehlah mendapatkan username dan password dari Guru Perpustakaan & Media. Bagi pelajar-pelajar yang berminat bolehla hubungi Pusat Sumber bagi mendapatkan username & password. Sila lawati laman sesawang http://www.panglimaperkasa.edu.my/moodle

www.panglimaperkasa.edu.my/moodle

** Setakat ini hanya subjek geografi tingkatan 2 & 3 sedang dibangunkan. Harap Maklum.

Kursus Penguatkuasa Pengawas SMKTP 2010

16 January 2010



Kursus Penguatkuasa Pengawas SMKTP 2010 disertai oleh Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Koperasi, dan Majlis Ketua Tingkatan. Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang tangungjawab mereka sebagai penguatkuasa sekolah dalam memastikan semua pelajar mematuhi peraturan sekolah.

Kursus "Book Review"

14 January 2010



Pada 9hb Januari 2010 (Sabtu) satu Kursus "Book Review" bagi pengawas pusat sumber telah diadakan. Matlamat utama kursus ini adalah bagi menyediakan pengawas pusat sumber yang bertanggung jawab melaksanakan penyampaian ulasan buku pada English Day iaitu hari selasa dan bahasa melayu pada hari Khamis.



Dalam kursus ini, pengawas pusat sumber diberi pendedahan bagaimana menulis ulasan buku dan penyampaian secara praktikal. Ini adalah usaha untuk memastikan pengawas pusat sumber bersedia dengan ulasan buku yang telah dibuat dan berkeyakinan untuk menyampaikan ulasan dengan berkesan. Dalam kursus ini, peserta kursus dibimbing oleh Guru Perpustakaan & Media dan Guru Penyelaras Makmal TeknoPen (Pn Sithira Devi).

Jemputan Universiti Teknologi Petronas


Pusat Sumber Sekolah hari ini telah menerima jemputan daripada Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar ke Information Resource Centre (IRC) Carnival 2010. Karnival ini akan berlangsung pada 24 Februari 2010 bertempat di Auditorium, Information Resource Centre, UTP. Seramai 3 orang guru perpustakaan dan 15 orang pustakawan dijemput ke karnival ini. SMK Taman Panglima adalah antara 4 buah sekolah yang dijemput khas untuk ke karnival tersebut. Sekolah lain yang terlibat adalah SMK King Edwarv VII, SMK Bukit Jana, SMK Taman Panglima, dan SMK Teknik Kamunting. Pihak sekolah amat berbesar hati untuk menghadiri karnival ini selepas mendapat persetujuan puan pengetua, Pn Rahimah bt Jamaluddin.

Terdapat pelbagai program dalam karnival ini termasuklah pembentang kertas kerja bertajuk "Talk Managing Your Digital Library". Peserta juga akan diberi sijil dan melawat kehebatan pusat sumber universiti ini.